Pantun |
Sumber |
Tema |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang duduk tidak beranjak, Penatnya lepas bercakap-cakap; Orang gemuk awak yang sesak, Melihat nafasnya tercungap-cungap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbang nyamuk menyusur batang, Semut menggigit terasa sakit; Orang gemuk tidur terlentang, Perut buncit bagaikan bukit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk mencuri pinang, Disergah orang jauh berdebam; Awak gemuk mandi telanjang, Disangka orang gajah berendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk menari-nari, Disergah kijang masuk belukar; Awak gemuk tegak menari, Rumah bergoyang orang pun gempar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang itik duduk termenung, Hendak berenang kakinya patah; Kupandang adik gemuk gedempong, Lemahlah tulang hati pun gundah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |