| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Ada untungnya mencari kerang, Walaupun basah gembira juga; Ada untungnya bergigi jongang, Walaupun marah tertawa juga. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tali bendera berwarna kuning, Tanda daulat serta kuasa; Hati gembira duduk bersanding, Tahunya dapat janda tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Hari Selasa membeli sutera, Sutera Kelantan merah pinang; Nelayan ceria bertambah gembira, Samudera luas beralun tenang. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Naik bukan sebarang naik, Naik membawa pinang muda; Baik bukan sebarang baik, Baik bicara orang gembira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mari kait di Tanjung Jati, Hinggap pula ke Tanjung Sura; Kalau dapat penghibur hati, Duduklah bertambah gembira. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |