Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok parang kerana tajam, Mata tajam banyak gunanya; Elok orang adatnya faham, Kerana faham nampak mulianya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat kata berkias, Siapa faham tahu ertinya; Kita seadat sama senafas, Sarna faham isi hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca supaya faham; Adat kita sudah dibilang, Untuk pelita siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Besar dan kecil dikandungnya; Adat faham lembaga terang, Benar dan adil jadi payungnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Pakaian Melayu turun-temurun; Adat faham lembaga terang, Berkain baju bersopan santun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Menuntun hidup supaya selamat; Adat faham lembaga terang, Beruntung hidup dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |