Pantun |
Sumber |
Tema |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin kerja membawa faedah; Bermain bukan sebarang main, Main muda kepalakan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang binasa padi, Lelah menugal tiada faedah; Sungguh malang tua keladi, Kerana gatal kepala pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hilang upih berganti mayang, Sama banyak membawa faedah; Hilang kasih berganti sayang, Cintaku tidak pernah berubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buruk parang dimakan karat, Dibuat senjata tak ada faedah; Buruk orang melupakan adat, Nasihat dilanda petua disanggah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka merendah, Bercakap besar ia pantangkan; Sepakat Melayu membawa faedah, Siapa ingkar binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |