Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak kerbau mati lemas, Bangkai tersangkut di Kampung Baru; Cina Bau mendulang emas, Lombong emas di Tasik Biru. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Yang emas menguning, Yang perak memutih; Yang culas terguling, Yang bengkak tertindih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hujan emas negeri orang, Hujan batu negeri sendiri; Abang jauh duduk seorang, Adik di sini ternanti-nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pisang emas balik rumah, Daun keladi dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Esok pagi saya nak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas |
|
Puisi |
---|
|
Emas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 260 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|