Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok-elok kenali terap, Terap diampai menjadi benang; Elok-elok kalau bercakap, Cakap sampai orang pun senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang meminang, Kalau tidak padahnya buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok menebang kayu, Kalau tidak ditimpa ranting; Elok-elok abang mencumbu, Kalau tidak hamba berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok memasang pelita, Kalau tidak minyaknya tumpah; Elok-elok abang mencinta, Kalau tidak kita berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok memasang taji, Kalau tidak binasa ayam; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak cintaku padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok menjerang kuali, Kalau tidak binasa gulai; Elok-elok abang berjanji, Kalau tidak kita bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Duduk-duduk dalam perahu, Menjala todak menjaring udang; Elok-elok adik menunggu, Bila tidak disunting orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk-duduk orang berkumpul, Melihat ombak di tepi pantai; Elok-elok abang menyimpul, Bila tidak janji terungkai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ambillah kayu buatlah pondok, Pondok dapat tempat berhenti; Ambillah guru adatnya elok, Elok beradat sifat terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |