Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Elok-elok raja di Bentan, Awan berkiluk berganti-ganti; Tidak ternilai cahaya intan, Jatuh ke lubuk hilang sekali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nak kayuh saya kayuhkan, Budak-budak main perahu; Nak tangguh saya tangguhkan, Elok tak elok saya tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Elok sungguh dangau di padang, Cacat sedikit bumbungnya lentik; Elok sungguh tunang cik abang, Cacat sedikit punggungnya lentik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Elang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elok-elok

Puisi
 

Nak kayuh saya kayuhkan,
     Budak-budak main perahu;
Nak tangguh saya tangguhkan,
     Elok tak elok saya tak tahu.



Lihat selanjutnya...