Pantun |
Sumber |
Tema |
Diam-diam orang ke pantai, Untuk menjenguk jaring udang; Siang malam abang mengintai, Mabuk menengok adik melenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang membenih, Kerana banyak orang mengintai; Saban malam abang merintih, Kerana banyak niat tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang ke surau, Mahu mengaji sehingga subuh; Saban malam abang mengigau, Menunggu adik yang pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang berkayuh, Kerana takut dikejar buaya; Saban malam abang mengeluh, Kerana adik sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang berburu, Rupanya rusa tak dapat juga; Saban malam abang menunggu, Rupanya adinda tak ingat juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang menari, Kerana hari dah larut malam; Malam-malam abang ke mari, Kerana hati dah rindu dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam naik perahu, Membawa barang untuk berdagang; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang lekas meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang beramu, Membawa badik untuk senjata; Dalam diam abang menunggu, Semoga adik mahu menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang melukis, Membuat gambar anak peladang; Dalam diam abang menangis, Niat meminang ditolak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |