Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak helah tipu dan daya, Berjudi tidak menjadi kaya; Minyak sawit di pasaran dunia, Jadi kebanggaan rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adapun hajat sebenar hajat, Sehabis daya ditunaikan juga; Adapun adat sebenar adat, Habis nyawa dipakai juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat mengingat hutang, Sehabis daya ia lunaskan; Membuang adat laknat dan datang, Terkikis nama binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya |
|
Puisi |
---|
|
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|