Pantun |
Sumber |
Tema |
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah menampi padi ladang, Datang tempua bersama gagak; Tengah menanti kekasih datang, Datang mentua membawa kapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kajang tuan kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu; Datang tuan datang bertempat, Datang kami terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Turun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang |
|
Puisi |
---|
|
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.
Lihat selanjutnya... |
|