Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak tinta kuberi tinta, Tapi jangan tinta yang hijau; Hendak cinta kuberi cinta, Tapi jangan cinta meracau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pita sebarang pita, Pita bercorak warna pelangi; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pita sebarang pita, Pita dipakai untuk pengikat; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku sampai akhir hayat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita dapat menyuluh ladang; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku dapat membunuh orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bulan puasa orang mengaji, Duduk tadarus bersama-sama; Putus cinta pusanglah hati, Badan kurus hidup merana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa menahan lapar, Waktu maghrib orang berbuka; Putus cinta badan terkapar, Membawa nasib menahan duka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa orang bertaubat, Meminta ampun kepada Tuhan; Patah cinta hatiku lumat, Eloklah pergi membawa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa orang tarawih, Berbuat amal bekal akhirat; Putus cinta hatiku sedih, Dunia ini serasa kiamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |