Pantun |
Sumber |
Tema |
Celik bukan sebarang celik, Celik hati mengaji tahu; Cerdik bukan sebarang cerdik, Cerdik laki berbini baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa tandanya batang betik, Batang betik panjang pangkalnya; Apa tanda orang nan cerdik, Orang cerdik panjang akalnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik memungut kerang; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik menghanyutkan abang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik menarik buluh; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik cantik membunuh. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Beri makan itik, Itik kedek-kedek; Pintar lagi cerdik, Paras rupa cantik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |