Pantun |
Sumber |
Tema |
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik menarik buluh; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik cantik membunuh. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cerek bukan sebarang cerek, Cerek berisi air madu; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik bini laki cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sisik bukan sebarang sisik, Sisik ayam membawa tuah; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik merendam hati yang gundah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sisi bukan sebarang sisik, Sisik belida memutus jala; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membawa hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik memungut kerang; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik menghanyutkan abang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Itik bukan sebarang itik, Itik dapat terbang melayang; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membuat mabuk kepayang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Itik bukan sebarang itik, Itik dapat memburu angsa; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membuat hatiku gila. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Hujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak itik anak itik, Turun ke sawah makan padi; Tengok cantik dipandang cantik, Tambah pula berhati budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |