Pantun |
Sumber |
Tema |
Cakap bukan sebarang cakap, Cakap pandai nampak ilmunya; Kurap bukan sebarang kurap, Kurap bagai kelopak bunga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Janganlah naik ke atas atap, Di atas kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan lah naik ke atas atap, Di atas atap kayunya lapuk; Jangan adik terlepas cakap, Terlepas cakap kita beramuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cakap muluk-muluk, Seri pakai susuk; Mulut berbau busuk, Gigi minta digosok. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan dipatahkan atap orang, Mematah atap hujan pun lalu; Jangan dipatah cakap orang, Mematah cakap membuat malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga cina kembang sejemput, Siapa cakap melarangkannya; Yang empunya datang menjemput, Siapa cakap melarangkannya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taat Melayu memegang cakap, Pantang sekali menjilat ludah; Adat berguru memegang kitab, Petang pagi rahmat bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kicap dalam tong, Cawan penuh kari; Cakap selalu bohong, Kawan banyak lari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap |
|
Puisi |
---|
|
Saya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 172 Sooner said than done Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah. Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah "I suggest that a bell be hung around the cat’s neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly. "Well, sooner said than done ," the old mouse retorted. ''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua.Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|