Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya tak cakap katakan upih, Kerana seludang jatuh melintang; Saya tak cakap kata boleh, Kerana saya dalam tangan orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga cina kembang sejemput, Siapa cakap melarangkannya; Yang empunya datang menjemput, Siapa cakap melarangkannya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lalu gejis laku berjulang, Dimakan orang di rumah darat; Cakap baik tak usah juak dibilang, Kakandamu boleh menangkap kilat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Secupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan merebatlah tepas, Kerana durian berbunga lagi; Janganlah tuan cakap terlepas, Hari kemudian berguna lagi.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap

Puisi
 

Saya tak cakap katakan upih,
     Kerana seludang jatuh melintang;
Saya tak cakap kata boleh,
     Kerana saya dalam tangan orang.



Lihat selanjutnya...