Pantun |
Sumber |
Tema |
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunyi cengkeri bunti cacing, Bunyi kucing miau-miau; Adik duduk seperti kucing, Adik melompat seperti harimau. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Guruh gerah bunyi nobat, Pandan berjemur di sebarang; Leguh-legah mencari ubat, Badan bertemu barulah senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi |
|
Puisi |
---|
|
Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.
Lihat selanjutnya... |
|