Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan berlabuh di tengah pekan, Mata badik yang melipatnya; Bukan menuduh yang bukan-bukan, Mata adik yang meilhatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak mendaki dakilah tambang, Jangan berlabuh di tengah pekan; Hendak memaki makilah abang, Jangan menuduh yang bukan-bukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mayang-mayang dalam padi, Tanam berjarak di tepi lautan; Bagaimana tak mayang hati kami, Yang diajarkan nan bukan-bukan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sorek bukan betung pun bukan, Ruasnya pula berkotak-kotak; Upas bukan racun pun bukan, Tidur malam tersentak-sentak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Itik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |