Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang patuh biarlah patuh, Supaya dapat dicontohi lagi; Orang bodoh biarlah bodoh, Supaya dapat diperbodohkan lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh betung di tepi lebuh, Di tepi lebuh tegaknya mudah; Sungguh untung berlaki bodoh, Laki bodoh tak banyak kisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kura-kura hodoh, Mahu gelang kaki; Pura-pura bodoh, Mahu kahwin puteri. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Kalau buluh tinggi di tanah, Yang diambil dicelis-celis; Kalau bodoh tinggalkan di rumah, Yang cerdik masuk ke majlis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buluh betung batangnya teduh, Ada berduri ditebang orang; Sungguh beruntung orang bodoh, Ke mana pergi digelakkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |