Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas.

Takrif

Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.

Takrif

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher.

Takrif

Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Takrif

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.

Takrif

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai buntal kembung.

Takrif

Bodoh dan sombong.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk, busuk embacang.

Takrif

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.

Takrif

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Takrif

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar bungkus tak berisi.

Takrif

Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, b. Tong kosong berbunyi nyaring).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.



Lihat selanjutnya...