Pantun |
Sumber |
Tema |
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat hidup berkira, Bijak memandang jauh ke depan; Membuang adat hidup sengsara, Akhlak terbuang runtuhlah iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Kalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat mana yang kita pandang, Sifat guru berhati bijak; Adat mana yang kita pegang, Adat Melayu bersendi syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |