Pantun |
Sumber |
Tema |
Betul surat betul isinya, Betul isi maksudnya benar; Betul adat betul hatinya, Betul hati patut didengar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul sukat betul timbangnya, Betul timbang samalah berat; Betul adat betul orangnya, Betul orang sempurna niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul ikat betul simpainya, Betul simpai baru dipasang; Betul adat betul perangainya, Betul perangai didahulukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Betul belat betul injabnya, Betul injab lukah berisi; Betul adat betul adabnya, Betul adab tingkah terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sayang Metedong Gunung Metali, Beruang Abu terbang sekawan; Betul-betul memegang janji, Laksana paku lantak ke papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang mastali benang mastali, Anak patu dikasi makan; Betul-betul memegang janji, Seperti paku lekat di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Jika betul tuan menereka, Tereka saya kain stokin; Sekira benar sukakan saya, Jemput saya orang miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika betul anak menteri, Hang Jebat raja Melaka; Bunga diambil dalam duri, Bunga tak dapat tangan luka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak betul jadi saksi, Ambil kayu direjam-rejam; Sebaik-baik pun baja besi, Ada batu baru tajam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |