Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.

Takrif

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bungkalan yang betul.

Takrif

Keputusan yang betul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.

Takrif

Hendak berlagak seperti orang tua-tua.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Takrif

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul.

Takrif

Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Takrif

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Macam ular kekenyangan.

Takrif

Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Takrif

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.



Lihat selanjutnya...