Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan berlabuh di tengah pekan, Mata badik yang melipatnya; Bukan menuduh yang bukan-bukan, Mata adik yang meilhatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Singgah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak perahu dagang, Berlabuh di muara; Ada semngat juang, Jadi wira Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bila lancang sudah berlabuh, Di sana dapat orang bermalam; Apabila abanglah pergi jauh, Manalah dapat kutidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun rakit hendak berlabuh, Rusa berlari tidakkan diam; Walaupun langit hendak runtuh, Cinta di hati tidakkan padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik.
Lihat selanjutnya... |
|