Pantun |
Sumber |
Tema |
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berat berbeban terasa penat, Jauh berjalan rasanya lesu; Kuingat tuan sepanjang hayat, Walaupun badan tiada bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berat bersih ribu-ribuan, Berat tembakau tidak ditimbang; Adat berkasih rindu-rinduan, Adat merantau segera pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Orang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Behan berat kaki pun goyang, Rasanya letih menggoyah lutut; Badan penat hati pun bimbang, Kerana kasih tiada bersambut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun berat membawa talas, Kerana ingin dibeban juga; Walaupun surat tiada berbalas, Kepada angin kupesan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Apabila kaki berat melangkah, Berjalan jauh tidakkan sampai; Apabila hati niat menyalah, Iman runtuh rosak perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan suka membeli madu, Madu itu berat timbangnya; Jangan suka memberi malu, Malu itu berat hutangnya | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |