| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Aluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Tetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Tetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Putih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Malam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas |
|
| Puisi |
|---|
|
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 595 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Kerbau tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kerbau tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|