| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Minuman meminta bunuh, Memintanya bebas dengan juak kain; Jikalaunya tuan benar sungguh, Haram tiada cinta ke lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lihat tingginya terbang merpati, Terbang bebas di angkasa; Niat tersimpan di dalam hati, Menjual madu dimanis bahasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kemajuan semua bebas; Makan bukan sebarang makan, Makan menyetan bekerja malas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Konon cerita tersebar luas, Dang Aisah dituduh berkhalwat; Zon Industri dagangan bebas, Kemajuan Negeri bertambah pesat. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Sifat jantan gagah berani, Bersikap tegas muka belakang; Adat berjalan bertuah negeri, Bercakap bebas tiada mengekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Saratlah jong dari selatan, Pasang timpas berhenti juga; Ibarat burung tinggi di awan, Terbang bebas menari mangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas |
|
| Puisi |
|---|
|
Ambil parang pergi menebas, Dahannya jatuh merata-rata; Dulu hamba mergastua bebas, Sekarang dijerat si molek jelita.
Lihat selanjutnya... |
|