Pantun |
Sumber |
Tema |
Nak mandi batas banyak, Tambah pulak ada buaya; Nak berbini hutang banyak, Tambah pula rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau geluk bersukat-sukat, Kalau sukat berbatas-batas; Kalau duduk bertempat-tempat, Kalau cakap berbatas-batas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik menggali ubi, Ubi ada di atas batas; Baik-baik menabur budi, Wang habis kita melepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kain batik selendang batik, Basuh tikar di atas batas; Adik cantik abang pun cantik, Bagai dakwat dengan kertas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun sambal terasa pedas, Tak ada ikan dimakan juga; Walaupun bual melewati batas, Kerana segan ditelan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat menambah ada tebasnya, Sudah menebas parang diasah; Adat memerintah ada batasnya, Melewati batas orang membantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat menambah ada tebasnya, Sudah ditebas baru ditebang; Adat memerintah ada batasnya, Melewati batas diseterui orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas |
|
Puisi |
---|
|
Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 446 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|