Pantun |
Sumber |
Tema |
Tepak peminang dari gangsa, Bawa mudik ke hulu-hulu; Kami tidak memandang bangsa, Bangsa abang biarlah dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tegak adat kukuhlah bangsa, Hidup rukun tenggang-menenggang; Rosak adat tumbuh sengketa, Sengketa tumbuh nasib pun malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kata tua kata alim, Alim memakai Kitabullah; Hina bangsa beraja zalim, Zalim sampai ke dalam tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata penegas, Penegas adat dengan lembaga; Hina bangsa suka berkeras, Berkeras cepat membawa bala. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |