| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Pergi ke seberang Kampung Surabaya, Jangan lupa minum secawan; Jika hidup aman bahagia, Jangan lupa langit berawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Patuh Melayu kepada ibu, Syurga ada di bawah kakinya; Senonoh laku tanda berilmu, Bahagia hidup hingga ke matinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |