Pantun |
Sumber |
Tema |
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat raja menjaring; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat dinda menjeling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat itik berenang; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat adik melenggang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat ikan bertelur; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat puan menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan asyik memegang senjata, Ke mana pergi orang mengumpat; Jangan adik memandang harta, Hamba ini dagang melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan asyik menjala malam, Hari siang kantuklah mata; Jangan adik bermuka masam, Kami datang dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Balam tekukur burung di hutan, Asyik berbunyi sepanjang hari; Di dalam tidur aku mimpikan, Adik berjanji datang sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |