Pantun |
Sumber |
Tema |
Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cik Amat orang pendekar, Pandai merapat haluan perahu; Ingat-ingat helang menyambar, Kalau tak dapat beroleh malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Amat mengail ikan, Dapat seekor ikan tenggiri; Selamat tinggal saya ucapkan, Panjang umur berjumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lain ketupat lainlah lepat, Jadi juadah amat termasyhur; Lain kujerat lain yang dapat, Nasi pun sudah menjadi bubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tutuh pelam tutuh keranji, Tutuh sedahan lebat amat; Sebulan boleh dinanti, Setahun lambat sangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tali jerami penjerat rusa, Diikat pada kayu sebatang; Hatiku ini amat terseksa, Melihat tuan main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat |
|
Puisi |
---|
|
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.
Lihat selanjutnya... |
|