| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Akan kupasang bukannya tongkang, Akan kupais bukannya lobak; Akan terbang bukannya burung, Akan menangis bukannya budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Akan makan nasi berkuah, Gawai emas bergiring-giring; Kalau ada untung bertuah, Karam di laut dampar ke Siring. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Akan beratap daun keladi, Membuat junjung di tepi paya; Tunang si anu tidak menjadi, Bolehkah saya ikut bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Beratlah badan akan ke ladang, Kerana takut ditimpa kayu; Kuingat tuan pagi dan petang, Fikiran kusut tiada menentu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Berkait-kait akan beluruh, Berkelok-kelok akar rotan; Berpahit-pahit kita dahulu, Barulah elok di kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Betung mana akan terbuang, Betung condong ke masjid; Jong mana tuan menumpang, Jong tuan Baginda Katib. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata akan |
|
| Puisi |
|---|
|
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 592 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus ''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|