Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
pesok | [pE.s/] | kata nama | lopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); begelehok. | Kereta tu tak boleh laju pasal jalan tang tu pesok kat sana sini. | [k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu pE.s/ kAt sA.nA si.ni] | Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini. |
ceninin | [tS«.ni.nin] | kata kerja | berlari dengan amat laju (kerana ketakutan, dikejar dan lain-lain) | Kawaq tu ceninin masok utan bila orang-orang kampong ligan dia. | [kA.wAâÖ tu tS«.ni.nin mA.so/ u.tAn bi.lA .ÒAN..ÒAN kAm.poN li.gAn di.jA] | Pencuri itu lari dengan selaju-lajunya masuk ke hutan apabila dikejar oleh orang-orang kampung. |
begelehok | [b«.g«.l«.ho/] | kata nama | lopak, cekung, tidak rata (tanah yang tidak rata, dan lain-lain); pesok. | Kereta tu tak buleh laju pasai jalan tang tu bergelehok kat sana sini. | [k«.ÒE.tA tu tA/ bu.leh lA.dZu pA.sAj dZA.lAn tAN tu b«.g«.l«.ho/ kAt sA.nA si.ni] | Kereta itu tidak boleh laju kerana jalan di situ berlopak-lopak di sana sini. |
bejabu | [b«.dZA.bu] | kata tugas | berkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bercabu, berjabu. | Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari bejabu. | [bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«.dZA.bu] | Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari. |
becabu | [b«.tSA.bu] | kata tugas | berkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; bejabu, bercabu, berjabu. | Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari becabu. | [bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«.tSA.bu] | Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari. |
berjabu | [b«Ò.dZA.bu] | kata tugas | berkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bejabu, bercabu. | Bila nampak tuan kebon mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pon lari berjabu. | [bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«Ò.dZA.bu] | Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari. |
bercabu | [b«Ò.tSA.bu] | kata tugas | berkenaan lari yang agak pantas, deras, laju; becabu, bejabu, berjabu. | Bila nampak tuan kebon tu mai, budak-budak hak dok curi buah jambu tu pun lari bercabu. | [bi.lA nAm.pA/ tu.wAn k«.bon tu mAj bu.dA/.bu.dA/ hA/ do/ tSu.Òi bu.wAh dZAm.bu tu pon lA.Òi b«Ò.tSA.bu] | Apabila nampak tuan kebun itu datang, budak-budak yang sedang mencuri buah jambu itu pun cabut lari. |
angin-angin | [A.Nin.A.Nin] | kata nama | kipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling. | Kalu nak tengok angin-angin pusin ligat kenala tunggu masa angin kuat. | [kA.lu nA/ tE.N/ A.Nin.A.Nin pu.sin li.gAt k«.nA.lA tuN.gu mA.sA A.Nin ku.wAt] | Kalau hendak melihat baling-baling berpusing laju tunggulah semasa angin bertiup kencang. |
serot | [s«.Òt] | kata kerja | 1. undur atau berjalan arah ke belakang. | Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia. | [pA.sAj d«.ÒAEh sA.NAt di.jA bA.wA/ k«.ÒE.tA t«.lA.dZA/ l«.pAEh tu di.j A k«.nA s«.Òt bA.le/ pA.sAj nA/ mA.so/ Òu.mAh di.jA] | Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya. |