Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
mengembat | [m«.N«m.bAt] | kata adjektif | berkenaan lantai yang lentur kerana tidak sampai di galang geta, mengenjut. | Lantai hak dok mengembat tu kena la paku. | [lAn.tAj hA/ do/ m«.N«m.bAt tu k«.nA lA pA.ku] | Lantai yang mengembat itu hendaklah dipaku. |
bisan tangan | [bi.sAn tA.NAn] | | kaum keluarga sebelah besan. | Kenduri kali ni kenala pangge semua bisan tangan kita. | [k«n.du.Òi kA.li ni k«.nA.lA pAN.gE s«.mu.wA bi.sAn tA.NAn ki.tA] | Pada kenduri kali ini semua kaum keluarga sebelah besan kita hendaklah dijemput. |
pekin | [p«.kin] | kata adjektif | jimat, tidak boros, cermat (berbelanja). | Gaji dia kecik anak pon banyak jadi dia kena pekin siket, baru la tak susah. | [gA.dZi di.jA k«.tSi/ A.nA/ pon bA.øA/ dZA.di di.jA k«.nA p«.kin si.ket bA.Òu lA tA/ su.sAh] | Orang yang bergaji kecil dan mempunyai anak yang banyak hendaklah berjimat supaya tidak susah. |
capcap | [tSAp.tSAp] | kata adjektif | berkenaan makanan yang tidak terlalu berkuah, atau berkenaan sawah yang tidak terlalu banyak airnya, cukup-cukup. | Nak bagi sedap masak toyu tu, kuah dia kena capcap saja. | [nA/ bA.gi s«.dAp mA.sA/ to.ju tu ku.wAh di.jA k«.nA tSAp.tSAp sA.dZA] | Kalau hendak menambahkan sedap masakan berkicap itu, kuahnya hendaklah cukup-cukup sahaja. |
bam | [bAm] | kata nama | bahagian atau permukaan yang lebih besar pada sebuah gendang silat, (biasanya berukuran lilit antara 24 hingga 29 inci), daripada kulit lembu. Bahagian yang kecil disebut cang. | Kulet belah bam kena ganti, pasai depa pukoi kuat sangat sampai pecah. | [ku.let b«.lAh bAm k«.nA gAn.ti pA.sAj dE.pA pu.koj ku.wAt sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh] | Kulit di bahagian bam hendaklah digantikan, kerana mereka memukulnya terlalu kuat sehingga pecah. |
awai | [A.wAj] | kata nama | peringkat awal dalam permainan sole, iaitu melambung dan menampar bola ke arah lawan di belakang. | Kalu nak maen sole hang kena pandai awai satu sampai tiga. | [kA.lu nA/ mAen s.lE hAN k«.nA pAn.dAj A.wAj sA.tu sAm.pAj ti.gA] | Kalau hendak bermain sole, hendaklah pandai melakukan awal satu hingga tiga. |
loceh | [l.tSEh] | kata kerja | menarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya). | Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq. | [nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö] | Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu. |