Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kong | [koN] | kata nama | bekas air daripada aluminium. | Bawe kong ke mari, aku nak isi ae. | [bA.w« koN k« mA.Äi A.ku nA/ i.si Ae] | Bawa bekas itu ke mari, aku hendak isi air. |
gelok | [g«.lo/] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tanah. | Ae jampi tu tok ambek kat gelok. | [Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/] | Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah. |
gelok | [g«.lo/] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tanah. | Ae jampi tu tok ambek kat gelok. | [Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/] | Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah. |
umpau | [um.pAw] | kata nama | pundi uncang atau bekas yang bersaiz kecil yang diperbuat daripada kain untuk menyimpan wang atau barang, ponjot. | Atok suke simpan duet dalam umpau. | [A.to/ su.k« sim.pAn du.wet dA.lAm um.pAw] | Atok gemar menyimpan wang di dalam ponjot. |
melela | [m«.l«.lA] | kata nama | kesan atau bekas pada anggota badan, tangan atau kaki akibat pukulan dengan rotan, kayu, lidi dan lain-lain. | Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol. | [te.No/ ni m«.l«.lA l«.NAn A.de/ kAw pu.kol] | Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul. |
bente | [b«n.t«] | kata nama | parut atau bekas penyakit kulit di badan. | Badan Ngah penoh bente kudes. | [bA.dAn NAh p«.noh b«n.t« ku.des] | Badan Ngah penuh dengan parut kudis. |
bubo som-som | [bu.bo som som] | | sejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak bersama santan, sedikit garam dan beberapa helai daun pandan dan sebiji dua bunga cengkeh untuk perasa. Setelah pekat dituang dalam bekas atau acuan dan disejukkan untuk dimakan dengan air gula melaka atau g | | | |
bingke | [biN.k«] | kata nama | sejenis kuih yang dibuat daripada parutan ubi kayu yang dibuang airnya (bingka ubi) atau pun pisang yang dilenyek (bingka pisang), diadun dengan gula dan santan dan dibakar di dalam bekas. | | | |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
cerok I | [tS«.Ò/] | kata nama | bekas daripada batang buluh yang digunakan semasa memerah susu (lembu, kambing). | Pegang cerok kuat-kuat jangan bagi susu tumpah. | [p«.gAN tS«.Ò/ ku.wAt.ku.wAt dZA.NAn bA.gi su.su tum.pAh] | Pegang bekas susu itu dengan cermat supaya susunya tidak tumpah. |
saleh | [sA.lEh] | kata nama | bekas air yang dibuat dari aluminium, jag dan tidak bertutup untuk membasuh, mencuci tangan. | La ni orang tak guna saleh pasai nampak koman tapi depa guna jag kaca. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA sA.lEh pA.sAj nAm.pA/ k.mAn tA.pi dE.pA gu.nA dZAg kA.tSA] | Sekarang ini orang tidak lagi menggunakan salih kerana rendah mutunya tetapi menggunakan jag kaca. |
baloq | [bA.lâÖ] | kata nama | jalur bekas kena pukul, bilur. | Habeh baloq badan dia kena rotan. | [hA.beh bA.lâÖ bA.dAn di.jA k«.nA Ò.tAn] | Badannya penuh dengan bilur dirotan. |
ambaq-ambaq | [Am.bAâÖ.Am.bAâÖ] | kata nama | bekas air wangi yang digunakan untuk merenjis pengantin di majlis perkahwinan. | Campoq minyak ataq dengan ayaq panaeh, buboh dalam ambaq- ambaq, habuan nak rinjeh-rinjeh satni. | [tSAm.pâÖ. mi.øA/ A.tAâÖ d«.NAn A.jAâÖ pA.nAEh bu.boh dA.lAm Am.bAâÖ.Am.bAâÖ hA.bu.wAn nA/ Òin.dZeh.Òin.dZeh sAt.ni] | Campurkan minyak atar dengan air panas dan bubuh ke dalam ambar-ambar untuk direnjis-renjis nanti. |
ayaq | [A.jAâÖ] | kata adjektif | had atau tempoh masa dalam sesuatu pusingan perlagaan ayam, ikan belaga, kadarnya lebih kurang lima belas minit. Caranya dengan meletakkan tempurung yang ada satu lubang kecil di atas air di dalam sesuatu bekas. Air akan masuk ke dalam tempurung itu sed | Belaga kali ni takat empat ayaq cukopla, ayam aku mudah leteh. | [b«.lA.gA kA.li ni tA.kAt «m.pAt A.jAâÖ tSu.kop.lA A.jAm A.ku mu.dAh l«.teh] | Tempoh bagi perlagaan ayam kita kali ini cukup setakat empat air sahaja kerana ayam aku mudah letih. |
derot | [d«.Òt] | kata kerja | mendap, jerlus. | Rumah kongsi hak depa buat ataeh tanah lombong tu tengelam pasai tanah tu derut. | [Òu.mAh koN.si hA/ dE.pA bu.wAt A.tAEh tA.nAh lom.boN tu t«.N«.lAm pA.sAj tA.nAh tu d«.Òt] | Rumah kongsi yang dibina di atas bekas tanah lombong itu tenggelam kerana tanahnya mendap. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
kiroh | [ki.Äh] | kata kerja | membuang air daripada sesuatu bekas dengan cara mencedok. | Acu kiroh ae cema dale bekah tu. | [A.tSu ki.Äh Ae tS«.mA dA.lE b«.kAh tu] | Tolong buang air kotor dari dalam bekas tu. |
lebuk | [l«.bu/] | kata nama | tanda atau bekas yang menunjukkan sesuatu seperti jalan dan lain-lain yang sering digunakan. | Kalu gitu, budok tu lalu kok tu sokmo gi skoloh sapa lebuk jale tu. | [kA.lu g:i.tu bu.d/ tu lA.lu ko/ tu s/.m gi sk.lh sA.pA l«.bu/ dZA.lE tu] | Kalau begitu, budak tu sering menggunakan jalan itu pergi sekolah sehingga meninggalkan bekas. |
poreng | [p:.ÄEN] | kata nama | bekas tempat mengisi kapur. | Make la sireh tu, kapo ado dale poreng tu. | [mA.kE.lA si.Äeh tu kA.po A.d dA.lE p:.ÄEN tu] | Makanlah sirih tu, kapurnya ada dalam poreng tu. |
molo | [m.l] | kata nama | bekas untuk menyimpan makanan (yang diperbuat daripada tanah liat, kaca), balang. | Kalu jatoh molo tu, pecoh bedera la. | [kA.lu dZA.toh m.l tu p«.tSh b«.d«.ÄA lA] | Kalau jatuh balang tu, pecah berderailah. |
bocong | [b.tSN] | kata nama | bekas menyimpan air panas (supaya tahan lebih lama), termos. | Mok buboh ae panah dale bocong. | [m/ bu.boh Ae pA.nAh dA.lE b.tSN] | Mak bubuh air panas ke dalam termos. |
lonjok | [ln.dZ/] | kata nama | sejenis bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), mangkuk tingkat, siya. | Acu ambek lonjok tu, mok nok buboh laok ni. | [A.tSu Am.be/ ln.dZ/ tu m/ n/ bu.boh lAo/ ni] | Ambilkan mangkuk tingkat tu, mak nak bubuh lauk ni. |
jabe | [dZ:A.be] | kata nama | sejenis bekas untuk mengisi sesuatu, beg. | Lo ni, ore jua isi bare dale jabe plastik. | [l ni .ÄE dZu.wA i.si bA.ÄE dA.lE dZ:A.be plAs.ti/] | Sekarang ni, penjual mengisi barang dalam beg plastik. |
rejak | [Ä«.dZA/] | kata kerja | keluar air daripada bekas yang bocor. | Ae dale bledi tu rejak pasa bledi tembuh. | [Ae dA.lE bl«.di tu Ä«.dZA/ pA.sA bl«.di t«m.buh] | Air dalam baldi tu keluar kerana baldi itu berlubang. |
lerak | [lE.ÄA/] | kata kerja | mencurahkan air (daripada bekas), buang. | Adek lerak abih ae hok ado dale beseng tu. | [A.de/ lE.ÄA/ A.bih Ae h/ A.d dA.lE bE.seN tu] | Adik curah semua air yang ada dalam besen tu. |
bleming | [bl«.miN] | kata adjektif | berkenaan sesuatu yang berminyak dan melekit. | Bekah hok blemin tu keno basuh denge sabong, baru cuci. | [b«.kAh h/ bl«.miN tu k«.n bA.soh d«.NE sA.boN bA.Äu | Bekas yang melekit tu kena basuh dengan sabun, baru bersih. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
motan I | [m.tAn] | kata nama | bekas dahan yang terdapat pada kayu yang telah digergaji, mata kayu. | Kok boli papan usah boli yang ado motan, nanti kok bolobang. | [k/ b.li pA.pAn u.sAh b.li jAN A.d mtAn nAn.ti k/ b.l.bAN] | Kalau beli papan jangan beli yang ada tanda bekas dahan, nanti berlubang. |
poraku | [p.ÄA.ku] | kata nama | sejenis bekas daripada buluh, upih untuk membawa air atau mengisi sesuatu. | Den guno poraku, buek tompek lado. | [dEn gu.n p.ÄA.ku bu.wE/ tm.pE/ lA.d] | Saya gunakan peraku untuk tempat cili. |
sokuntung | [s.kun.tuN] | kata nama | sejenis bekas mengisi ikan daripada buluh, mengkuang, dawai dan lain-lain. | Ponuh sokuntung dapek ikan monjalo somalam. | [p.nuh s.kun.tuN dA.pE/ i.kAn mn.dZA.l s.mA.lAm] | Penuh sekuntung, dapat ikan menjala semalam. |
boko | [b.k] | kata nama | bekas daripada anyaman mengkuang atau upih berbentuk bulat yang diisi dengan dodol, wajik, kesirat, biasanya dibawa oleh pihak perempuan untuk dihadiahkan kepada pihak lelaki dalam majlis perkahwinan. | Bolah penganten pompuan bawak tujoh bijik boko. | [b.lAh p.NAn.ten pm.pu.wAn bA.wA/ tu.dZh bi.dZi/ b.k] | Pihak pengantin perempuan membawa tujuh boko dodol. |
panco | [pAn.tSo] | kata nama | bekas berisi pulut kuning dan bunga telur, biasanya bersaiz besar. | Datok ompek monganta sopanco bosa ko rumah Datok Dagang. | [dA.t/ om.pE/ m.NAn.tA s.pAn.tSo b.sA k Äu.mAh dA.t/ dA.gAN] | Datuk Empat menghantar sepanco besar ke rumah Datuk Dagang. |
somolet | [s.m.let] | kata nama | bekas untuk menyimpan wang daripada kain yang diikat di pinggang. | Somolet dibuek dari kaen, nak simpan duet ikek kek pinggang. | [s.m.let di.bu.wE/ dA.Äi kAEn nA/ sim.pAn du.wEt i.kE/ kE/ piN.gAN] | Somolet dibuat dari kain, hendak simpan duit, diikat di pinggang. |
kobok II | [k.b/] | kata kerja | mengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kerobong. | Tak payah bosonduk do, den kobok yo nasik dalam piyuk tu. | [tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k.b/ j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu] | Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu. |
kerobong | [k«.Ä.bN] | kata kerja | mengambil sesuatu dalam bekas menggunakan tangan, celup, cekuh; kobok. | Tak payah bosonduk do, den kerobong yo nasik dalam piyuk tu. | [tA/ pA.jAh b.sn.du/ d dEn k«.Ä.bN j nA.se/ dA.lAm pi.ju/ tu] | Tidak payah bersenduk, saya kerobong saja nasi dalam periuk itu. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Dialek |
Maksud Ayat |
pilen | [pi.len] | kata kerja | mengeluarkan ulas-ulas buah secara berturutan, seperti buah cempedak, nangka, dan durian. | Tolong emak pilen buah cempedak ni masok bekas, kejap lagi boleh goreng. | [to.loN «.mA/ pi.len bu.wAh tS«m.p«.dA/ ni mA.so/ b«.kAs k«.dZAp lA.gi bo.leh go.ÄeN] | Tolong emak pilen buah cempedak ini masukkan ke dalam bekas, sekejap lagi boleh digoreng. |
tengko | [t«N.ko] | kata kerja | menterbalikkan dan mengetuk-ngetuk bekas untuk mengeluarkan sesuatu. | Pegi tengko tin biskot ni kat luwo, nanti rumah koto. | [p«.gi t«N.ko tin bis.kot ni kAt lu.wo nAn.ti Äu.mAh ko.to] | Pergi tengko bekas ini di luar, nanti rumah kotor. |
pisau sorong | [pi.sAw so.ÄoN] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan). | Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong. | [tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN] | Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong |
temiko | [t«.mi.ko] | kata nama | bekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak. | Tak payah le buang temiko lagi, bedose. | [tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«] | Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa. |
sekerap carang | [s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN] | | sekerap yang terdapat pada bekas torehan pada pokok getah. | Sekerap carang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp tSA.ÄAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap carang kalau tebal, senang dikopek. |
sekerap batang | [s«.k«.ÄAp bA.tAN] | | skrap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap tanah. | Sekerap batang kalau tebal, senang kopek. | [s«.k«.ÄAp bA.tAN kA.lAw t«.bAl s«.nAN ko.pe/] | Skrap batang kalau tebal, senang dikopek. |
sekerap tanah | [s«.k«.ÄAp tA.nAh] | | sekerap yang terdapat pada pangkal pokok-pokok getah dan bercampur dengan tanah. Ia terjadi apabila susu getah yang mengalir pada bekas torehan terlencung lalu meleleh turun hingga berkumpul di atas tanah lalu membeku; sekerap batang. | Kalau rajen kopek sekerap tanah, boleh jual. | [kA.lAw ÄA.dZen ko.pe/ s«.k«.ÄAp tA.nAh bo.leh dZu.wAl] | Kalau rajin kupas skrap tanah, boleh dijual. |
pisau tarek | [pi.sAw tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pahat tarek. | Pakai pisau tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pi.sAw tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pisau tarik terasa lebih cepat menoreh. |
pahat tarek | [pA.hAt tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); ketam tarek, pisau tarek. | Pakai pahat tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj pA.hAt tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai pahat tarik terasa lebih cepat menoreh |
ketam tarek | [k«.tAm tA.Äe/] | | sejenis pisau menoreh pokok getah yang mempunyai mata di sebelah bawah yang digunakan secara menarik dari hujung ke pangkal carang (bekas torehan); pahat tarek, pisau tarek. | Pakai ketam tarek rase macam lebeh cepat noreh. | [pA.kAj k«.tAm tA.Äe/ ÄA.s« mA.tSAm l«.beh tS«.pAt no.Äeh] | Pakai ketam tarik terasa lebih cepat menoreh. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
lopak | [l.pA/] | kata nama | bekas pensil. | Masok prekse bawe lopak je. | [mA.so/ pre/.s« bA.w« l.pA/ dZ«] | Semasa peperiksaan bawa bekas pensil sahaja. |
buyo | [bu.j] | kata nama | sejenis bekas kecil daripada tanah liat berbentuk takar untuk mengisi garam, asam dan lain-lain. | Mok simpan asam dan garam dalam buyo. | [m/ sim.pAn A.sAm dAn gA.ÄAm dA.lAm bu.j] | Emak menyimpan asam dan garam di dalam bekas kecil. |
tungap | [tu.NAp] | kata nama | bekas kecil daripada mengkuang berbentuk segi empat bertingkat biasanya digunakan untuk memgisi emping; gunong berangkat. | Akak suroh adek buboh emping dalam tungap. | [A.kA/ su.Äoh A.de/ bu.boh «m.piN dA.lAm tu.NAp] | Kakak menyuruh adik memasukkan emping ke dalam tungap. |
tabak | [tA.bA] | kata nama | bekas daripada tembaga berjeluk, biasanya diisi pulut serta dicacak dengan bunga telur di atasnya. | Buboh due tabak depan pelamen. | [bu.boh du.w« tA.bA d«.pAn p«.lA.men] | Letakkan dua tabak di hadapan pelamin. |
sekoi | [s«.koj] | kata nama | bekas air yang diperbuat daripada tempurung kelapa, biasanya disimpan secara digantung (tempurung ditebuk sedikit dan dibubuh tali). | Dulu-dulu orang pake sekoi nok angkat ae. | [du.lu.du.lu .ÄAN pA.kE s«.koj n AN.kAt Ae] | Zaman dahulu, orang menggunakan sekoi untuk mengangkat air. |
kupi | [ku.pi] | kata nama | bekas daripada logam yang berbentuk kecil (seperti tin sardin, susu, rokok). | Periok tu kecik, masak nasik due kupi dah le. | [p«.Äi.jo/ tu k«.tSi/ mA.sA/ nA.si/ du.w« ku.pi dAh l«] | Periuk itu kecil, masak nasi dua kupi sudahlah. |
tenom | [t«.nom] | kata nama | sejenis bekas agak tinggi, bertangkai satu dan diperbuat daripada logam aluminium. | Mok senalo bawok beka nasik dalam tenom gi noreh. | [m s«.nA.l bA.w b«.kA nA.si dA.lAm t«.nom gi n.ÄEh] | Emak selalu membawa bekal nasi di dalam tenom pergi menoreh getah. |
tapen | [tA.pen] | kata nama | sejenis bekas berbentuk kelongsong daripada daun nipah untuk mengisi sagu. | Tapen tu kene buat kemaih-kemaih toklah sagu tebura. | [tA.pen tu k«.n« bu.wAt k«.mAC.k«.mAC t.lAh sA.gu t«.bu.ÄA] | Tapen hendaklah dibuat kemas-kemas supaya sagu tidak terburai. |
pelo | [p«.lo] | kata nama | sejenis bekas yang diperbuat dari aluminium berbentuk lonjong atau bujur dan bertelinga, biasanya digunakan pada musim menuai untuk mengisi padi. | Mok tadoh ae ujan dengan pelo. | [m/ tA.dh Ae u.dZAn d«.NAn p«.lo] | Mak menadah air hujan menggunakan pelo. |
cekatang | [tS«.kA.tAN] | kata nama | bekas berbentuk silinder dan bertutup daripada daun mengkuang. | Ce ambek cekatang tu nok isi empeng. | [tS« Am.be/ tS«.kA.tAN kj n/ i.si «m.peN] | Tolong ambilkan cekatang itu hendak isi emping. |
Entri |
Fonetik |
Kelas Kata |
Makna |
Ayat Dialek |
Sebutan Ayat |
Maksud Ayat |
mbat-mbat | [m.bAt.m.bAt] | kata nama | bekas air wangi daripada tembaga dan biasanya digunakan untuk merenjis pengantin. Bekas ini berbatang panjang dan mempunyai lubang-lubang halus di bahagian atasnya, manakala di bahagian bawahnya agak bulat untuk mengisi air wangian | Besanya mbat-mbat ni orang boh ayaq mawaq. | [bE.sA.øA m.bAt.m.bAt ni .ÒAN boh A.jA)Ö mA.wA)Ö] | Biasanya bekas air wangi daripada tembaga diisi dengan air mawar. |
ketoq | [k«.to)Ö] | kata nama | bekas untuk meludah. | Misi marah kat orang saket pasai tak guna ketoq. | [mi.si mA.ÒAh kAt .ÒAN sA.ket pA.sAj tA/ gu.nA k«.to)Ö] | Jururawat marah pada pesakit kerana tidak guna bekas meludah. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Lihat selanjutnya... |
|