Microsoft Word - Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam
berkenaan. Penamaan pada domain tersebut juga bersifat kekal dan oleh sebab itu pengawalannya lebih ketat. Sebaliknya, bagi domain iklan, kain rentang, gegantung dan premis perniagaan, pengawalan oleh pihak PBT agak longgar. Berdasarkan temu bual dengan beberapa orang pegawai PBT, kebiasaannya pihak yang ingin mempamerkan iklan, kain rentang atau gegantung hanya perlu mengisi borang dan membayar yuran yang ditetapkan. Apa yang tertulis dan peraturan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal ketika memproses kelulusan sesuatu permohonan baru dan pembaharuan lesen perniagaan. Undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan BM yang kurang berkesan atau agak longgar perlu diteliti semula dan dikemas kini serta diselaraskan untuk semua kawasan pentadbiran PBT di Malaysia. Langkah ini dapat membantu memantapkan dan memperkasakan penggunaan BM dan tindakan penguatkuasaannya. Bagi premis yang
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata longgar. |
|
|