PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
atomic absorption | | | Serapan atom terjadi apabila atom dalam keadaan dasar menyerap cahaya pada panjang gelombang tertentu berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk elektron berpindah dalam orbitnya. |
monolayer | | | Lapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul. |
shot noise | | | Hingar elektronik atau fotonik yang dihasilkan oleh perubahan rawak sebilangan zarah yang membawa tenaga. Hingar tembak juga terjadi dalam sistem optik disebabkan oleh turun naik foton. Hingar tembak menimbulkan masalah dalam sistem apabila arus elektrik adalah kecil atau keamatan cahaya yang rendah. |
small-angle scattering | | | Kaedah serakan berdasarkan pesongan sinaran terkolimasi daripada trajektori lurus selepas tindak balas dengan struktur yang lebih besar daripada sinaran panjang gelombang. Pesongan yang terjadi adalah kecil (0.1 10) dan dinamakan sebagai sudut kecil. Teknik ini memberi maklumat tentang saiz, bentuk dan orentasi struktur sampel. |
self-healing structure | | | Keadaan struktur bahan yang dapat pulih kembali kepada bentuk asal pada bahagian dalam dan luar apabila mengalami kerosakan seperti retak atau kemik. Sifat demikian terjadi pada bahan swasembuh. Contohnya, bahan ingat bentuk sama ada logam atau polimer. Bahan seperti ini akan digunakan pada badan kenderaan. |
photoluminescence | | | Proses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut. |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|