PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
fragility | | | Sifat sesuatu bahan yang dicirikan dengan cara mengukur tahap kecepatan penurunan suhu apabila disejukkan kepada suhu peralihan kaca. Bahan dengan sifat kerapuhan yang tinggi mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang kecil, manakala bahan bersifat kerapuhan yang rendah mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang besar. |
tissue repair | | | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
coercive force | | | Keadaan daya medan magnet yang diperlukan untuk menghilangkan sisa pemagnetan bahan feromagnet kepada sifar selepas bahan itu dimagnetkan ke tahap tepu. Bahan yang memerlukan daya paksa yang besar disebut sebagai magnet kekal dan terdapat pada nanohablur magnet. Daya paksa dapat digambarkan dalam lengkung histeresis dan diukur dalam unit oersted atau ampere/meter. |
hysteresis loop | | | Graf yang menunjukkan ketumpatan medan magnet pada perubahan daya pemagnetan yang sama melalui satu litar bekalan arus ulang-alik. Gelung histerisis membolehkan kadar magnet baki dan tahap ketepuan magnet diketahui. Graf ini diwakili oleh paksi ketumpatan fluks (B) lawan paksi daya pemagnetan (H). |
|
|