PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
adenosine triphosphate (ATP) | | | Molekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP. |
electroactive mediator | | | Kompleks multiprotein yang berubah bentuk apabila dikenakan voltan serta bertindak sebagai perantara. |
macromolecule | | | Molekul besar yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa molekul kecil serta mempunyai beberapa atom yang terikat bersama-sama. Contohnya, bahan polimer, DNA dan lipid. |
electrochemical cell | | | Sel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal. |
plastic electronic device | | | Alat elektronik yang bahan aktifnya terdiri daripada plastik, termasuk bahan polimer pengkonduksi. Peranti ini boleh lentur dan ringan serta dapat difabrikasi dengan kos yang rendah berbanding dengan peranti elektronik tradisi yang difabrikasi daripada bahan semikonduktor bukan organik. Contohnya, sel suria plastik yang difabrikasi pada permukaan bersaiz besar dan boleh gulung. |
nanoethics | | | Bidang yang berkaitan dengan etika penggunaan nanoteknologi yang dapat memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat, terutama mengenai keselamatan terhadap manusia dan hidupan lain serta kesan terhadap alam sekitar. Beberapa organisasi dari negara maju yang disokong oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyediakan garis panduan etika penggunaan nanoteknologi termasuk yang melibatkan implikasi undang-undang. |
complementary metal oxide semiconductor (CMOS) | | | Peranti transistor kesan medan dalam litar bersepadu yang terdiri daripada gabungan semikonduktor jenis-n dan jenis-p serta logam sebagai get. Teknologi CMOS digunakan dalam mikropemproses, mikropengawal dan litar logik berdigit yang lain. |
nucleotide structure | | | Struktur unit kecil yang membentuk RNA dan DNA. Struktur ini terdiri daripada tapak-tapak nukleotida dan gula lima-karbon (sama ada ribosa atau deoksiribosa) serta satu hingga tiga kumpulan fosfat. |
cellular automaton | | | Sistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan. |
adatom | | | Atom yang terjerap pada suatu permukaan dan dapat bergerak di sepanjang permukaan tersebut. Dalam pembentukan filem tipis, adatom bergerak dan bergabung dengan adatom lain pada permukaan substrat serta saling menyusun sehingga terbentuk lapisan filem. |