PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Frenkel exciton | | | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |
neutron | | | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
messenger RNA | | | Bentuk RNA yang menjadi perantara bagi pemindahan maklumat genetik daripada sel nukleus ke ribosom dalam sitoplasma. Pengutus RNA berfungsi sebagai templat bagi sintesis protein. Molekul mRNA adalah pendek berbanding DNA dan merupakan nanodawai pendek. |
hyperfolding | | | Lipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar. |
heme | | | Molekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida. |
photochemical switch | | | Suis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul. |
bottom-up nanofabrication | | | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
cancer nanotherapy | | | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF. |
cancer treatment | | | Teknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat. |
Kanzius RF therapy | | | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat. |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Burung disebut si burung merak, Menjadi ratu istana rimba; Untung sabut timbul nampak, Untung batu tenggelam hamba.
Lihat selanjutnya... |
|