PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Lewis acid | | | Bahan kimia yang dapat menerima sepasang elektron daripada suatu alkali untuk membentuk satu ikatan kovalen koordinat yang menghasilkan kompleks atau sebatian kimia baharu yang dipanggil aduk. Tindak balas asid-alkali Lewis ditunjukkan dalam rajah yang berikut: Contohnya, ion zink (Zn2+) ialah asid Lewis dan amonia (NH3) ialah alkali Lewis bertindak balas membentuk kompleks [Zn (NH3)4]4+. |
antenna | | | Sistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar. |
actuator | | | Peranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot. |
Kanzius RF therapy | | | Sejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat. |
nanosphere lift-off lithography | | | Kaedah litografi yang menggunakan sfera kecil berskala nano bagi membentuk corak atas permukaan. Sfera ini bertindak sebagai topeng untuk menghalang keluasan tertentu pada permukaan daripada menerima pendepositan bahan nano daripada fasa wap. |
cell repair machine | | | Satu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan. |
acceptor | | | Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima?
Lihat selanjutnya... |
|