PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
giant magnetoresistance (GMR) | | | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
metal insulator metal junction | | | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
monolayer | | | Lapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul. |
graphite | | | Alotrop karbon berbentuk hablur paling stabil yang strukturnya berlapis. Dalam setiap lapisan, atom karbon tersusun dalam kekisi heksagon dengan jarak antara atom dalam kekisi tersebut ialah 0.142 nm. Sementara itu, lapisan ini diikat oleh daya Van der Walls yang lemah dengan jarak antaranya ialah 0.335 nm. Grafit bersifat pengalir elektrik yang baik dalam satah lapisan. Grafit juga dapat digunakan dalam reaktor nuklear sebagai moderator untuk mengawal pengeluaran neutron. |
Josephson effect | | | Kesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h. |
photoreflective polymer | | | Bahan polimer dalam bentuk lapisan atau filem tipis yang mempunyai sifat memantul cahaya yang tinggi. Polimer fotopantulan digunakan dalam sistem holografi untuk merakamkan imej tiga dimensi yang boleh dirakam dan dipadam berulang kali. Dalam penggunaan ini, ketebalan lapisan filem adalah antara 10 nm - 300 nm. Contohnya, polimer yang mengandungi molekul etana. |
Frank-van der Merwe (FM) growth | | | Pertumbuhan lapisan epitaksi ultratipis secara satu demi satu bagi menghasilkan peranti elektronik atau optoelektronik bahan semikonduktor berkualiti tinggi dengan menggunakan epitaksi alur molekul (MBE). Lapisan yang dibentuk mempunyai antara muka yang jitu dan berkeupayaan mengawal ketebalan sehingga ke paras monolapisan. |
self-assembled monolayer | | | Permukaan yang terdiri daripada lapisan tunggal molekul di atas substrat yang disediakan dengan menambahkan larutan bahan molekul yang dikehendaki pada permukaan substrat dan membuang bahan yang terlebih. Penambahan larutan biasanya dilakukan dengan merendam substrat ke dalam larutan tersebut. Contohnya, lapisan alkana tiol di atas pemukaan emas, perak, kuprum, atau paladium. |
chemical vapour deposition | | | Proses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis. |
layer structure | | | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |