PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
silicon nanograss | | | Permukaan pada wafer silikon yang apabila dicerap dengan menggunakan mikroskop elektron akan kelihatan seperti rumput bersaiz nano. Rumput silikon ini dapat dibentuk dengan pelbagai cara dan salah satunya melalui punaran plasma hidrogen. Rumput ini dapat mengawal pengaliran titisan cecair pada permukaan silikon untuk menyejukkan litar bersepadu komputer. Rumput ini juga digunakan sebagai komponen peranti komunikasi fotonik dan juga sebagai sensor. |
spiropyran | | | Satu daripada molekul organik yang bersifat fotokromat. Pada keadaan asal, molekul ini tidak berwarna, dan apabila dikenakan sinaran ultralembayung, struktur molekulnya berubah sehingga kelihatan berwarna. Molekul itu kembali pulih kepada struktur asal dan tidak berwarna apabila dedahan kepada sinaran ultralembayung dihentikan. |
pervasive computing | | | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
pixel | | | Unsur terkecil dalam imej berdigit suatu sistem paparan elektronik. Piksel biasanya disusun dalam grid berdimensi-2 dalam bentuk bintik, segi empat sama atau segi empat tepat. Kedudukan piksel adalah terlalu rapat sehingga kelihatan seperti bersambung. Keamatan setiap piksel adalah berbeza. Dalam sistem berwarna, setiap piksel mempunyai tiga atau empat komponen cahaya, seperti merah, hijau dan biru, atau sian, magenta, kuning, dan hitam. Setiap piksel diwakili oleh beberapa bilangan bit yang menentukan kualiti imej dan warna yang dipaparkan oleh suatu sistem paparan elektronik. |
nanoparticle | | | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
star nanosphere | | | Bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer panjang yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan seperti bintang. Nanosfera bintang digunakan dalam industri untuk meningkatkan kekuatan peleburan bahan plastik. Banding nanosfera berbulu. |
hairy nanosphere | | | Nanosfera bahan polimer yang permukaannya berumbai dengan bahan polimer pendek yang lain. Nanosfera ini terbentuk apabila unit polimer berupaya menjalani proses swapasang untuk menghasilkan kopolimer. Dalam proses ini, polimer (A)m yang panjang menyusun secara lingkaran sehingga membentuk nanosfera yang tegar. Pada permukaan sfera ini, polimer (B)n terswapasang dan kelihatan berbulu. Nanosfera berbulu digunakan untuk membuang sebatian organik di dalam air. Banding nanosfera bintang. |
|
Puisi |
---|
|
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.
Lihat selanjutnya... |
|