PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
natural nanoscale sensor | | | Penderia tabii dalam nanoskala atau pada paras molekul yang terdapat pada haiwan atau tumbuhan yang berinteraksi, mengesan atau mengecam rangsangan dengan kepekaan yang tinggi. Contohnya, sensor molekul tertentu yang terdapat pada bunga atau daun akan berinteraksi apabila terdapat tenaga cahaya dan akan bergerak ke arah tertentu bagi mendapatkan cahaya yang lebih tinggi. Termasuk juga ikan yang mempunyai garis lateral untuk mengesan perubahan bunyi dan tekanan. |
artificial bone | | | Bahan semula jadi atau sintetik yang dihasilkan untuk menggantikan fungsi tulang manusia yang asal. Kaedah pembuatan tulang buatan ini tergolong dalam nanoskil biostruktur. |
crystal growth | | | Proses pencambahan hablur yang berlaku secara semula jadi atau secara proses buatan. Pertumbuhan hablur dapat dilakukan dalam bentuk siri iaitu secara resapan atom bahan penghablur ke atas permukaan hablur, resapan atom ke atas permukaan hablur pada tapak khas atas permukaan, pemasukan atom ke atas hablur pada tapak dan resapan haba daripada proses penghabluran. |
imogolite nanotube | | | Nanotiub berdinding tunggal galian imogolit aluminosilikat dengan stoikiometri (HO)3Al2O3SiOH dan terdapat secara semula jadi dalam tanih gunung berapi. Nanotiub imogolit mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas dalam nanoteknologi antaranya, dalam pemisahan molekul, storan molekul, dan pemangkinan. |
ceramic | | | Bahan yang diperbuat daripada galian bukan logam yang telah dikuatkan dengan membakarnya pada suhu tinggi. Kebanyakan seramik bersifat penebat, tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap tindak balas kimia. Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat atau galian semula jadi. Bahan seramik juga dapat disintesis supaya mempunyai sifat tertentu seperti superkonduktor, piezoelektrik dan magnetorintangan. |
catalyst | | | Bahan yang dapat meningkatkan kadar tindak balas kimia, namun bahan ini tidak digunakan dalam tindak balas tersebut. Pemangkin meningkatkan kadar tindak balas kimia dengan mengurangkan tenaga pengaktifan tindak balas. Kadar tindak balas berlaku dengan cepat apabila permukaan tindak balas kimia diperluas, terutama pemangkin berstruktur nano. Contoh pemangkin semula jadi ialah enzim. |
photonic crystal | | | Hablur yang terdiri daripada susunan bahan secara berkala yang direka bentuk supaya memberikan kesan kepada pergerakan foton (gelombang elektromagnet) sama seperti pergerakan elektron dalam hablur semikonduktor. Susunan tersebut terdiri daripada lapisan filem tipis berpemalar dielektrik tinggi berselang dengan lapisan filem tipis berpemalar dielektrik rendah. Pergerakan foton dalam hablur ini sama dengan pergerakan elektron dalam jalur tenaga semikonduktor. Hablur fotonik terdapat secara tabii atau buatan. Contoh hablur fotonik semula jadi ialah batu permata opal. Hablur fotonik dihasilkan melalui teknik litografi atau teknik lain sama seperti penyediaan litar bersepadu bahan semikonduktor. Hablur fotonik digunakan dalam sistem komunikasi. |
|
Tesaurus |
---|
| jadi (kata kerja) | Bersinonim dengan berhasil, berjaya;, | | Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju.
Lihat selanjutnya... |
|