PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
self-assembled monolayer | | | Permukaan yang terdiri daripada lapisan tunggal molekul di atas substrat yang disediakan dengan menambahkan larutan bahan molekul yang dikehendaki pada permukaan substrat dan membuang bahan yang terlebih. Penambahan larutan biasanya dilakukan dengan merendam substrat ke dalam larutan tersebut. Contohnya, lapisan alkana tiol di atas pemukaan emas, perak, kuprum, atau paladium. |
siderophore | | | Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki. |
Langmuir-Blodgett film | | | Filem tipis yang terdiri daripada satu atau lebih monolapisan bahan organik. Filem ini dimendapkan daripada permukaan suatu cecair ke atas permukaan suatu pepejal secara mencelup substrat pepejal ke dalam cecair. Proses pemendapan monolapisan ini dapat dilakukan secara berulang-ulang untuk mendapatkan ketebalan filem yang dikehendaki. |
electrodeposition fabrication | | | Proses fabrikasi litar bersepadu atau nanofabrikasi yang memendapkan pelbagai filem tipis ke atas wafer silikon dengan menggunakan kaedah elektromendapan. Dalam proses yang dikenali sebagai sepuh lindap, bahan logam atau dielektrik yang ingin dimendapkan dijadikan sebagai katod. Katod tersebut akan dihentam oleh ion positif sehingga menyebabkan pengeluaran atom atau molekul dan seterusnya termendap atas permukaan wafer bagi membentuk filem yang dikehendaki. |