PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
antiferromagnetism | | | Sifat bahan tertentu yang spin elektron magnet suatu atomnya berjajaran dengan spin atom jiran, tetapi dalam arah berlawanan sehingga jumlah momen magnet bersih adalah sifar apabila tiada medan luar. Sifat ini berlawanan dengan bahan feromagnetisme. Sifat antiferomagnet, biasanya berlaku pada suhu rendah di bawah suhu peralihan, iaitu suhu Neel. Contohnya, bahan superkonduktor fermion berat (URu2Si2), logam kromium, aloi besi mangan (FeMn), dan nikel oksida (NiO). |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersih |
|
|