PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
neutron | | | Zarah keunsuran neutral yang menjadi juzuk kepada nukleus atom. Jisim zarah ini ialah 1.008664904 (+-) 0.000000014 unit jisim atom. Neutron bebas dihasilkan dalam tindak balas pembelahan nuklear atau dalam proses pereputan beberapa bahan radioaktif, terutamanya pereputan zarah beta. Neutron bebas adalah tidak stabil, mempunyai separuh hayat 614.6 (+-) 1.3 saat (s) dan mereput dengan memancarkan zarah ?-. |
exciton | | | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
plasmonic characterization | | | Pencirian daripada tindak balas frekuensi optik ayunan medan elektromagnet dengan elektron bebas yang terdapat pada logam, menjadikannya bersifat seperti plasma. |
n-type semiconductor | | | Semikonduktor ekstrinsik yang ketumpatan elektron konduksinya melebihi ketumpatan lohong. Semikonduktor jenis-n diperoleh dengan melakukan proses pendopan, iaitu dengan menambah atom penderma yang dapat menyumbangkan elektron bebas kepada bahan semikonduktor. Banding semikonduktor jenis-p. |
nanopolymer | | | Bahan setara polimer pada skala nano. Bahan ini diperoleh dengan mengenakan kecacatan pada dua permukaan yang bertentangan di atas nanozarah logam berbentuk sfera. Dwivalens nanozarah ini dirantai bersama untuk membentuk suatu filem bebas. |
nascent state | | | Satu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa. |
nanophotonics | | | Ilmu tentang perlakuan cahaya pada bahan nanostruktur seperti bintik kuantum dan hablur fotonik, biasanya melibatkan kajian tentang sifat cahaya pada nanometer dan reka bentuk peranti fotonik yang mempunyai kecekapan yang tinggi. Ilmu ini berpotensi tinggi dalam industri komunikasi bagi membekalkan peranti berkelajuan tinggi, berkuasa rendah dan bebas gangguan seperti elektrooptik dan suis optik pada cip. Lihat juga fotonik. |
glycine | | | Sebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme. |