PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
bottom-up nanofabrication | | | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
top-down nanofabrication | | | Fabrikasi nanobahan atau peranti nanoelektronik yang bermula daripada bahan pukal. Contohnya, menyediakan nanowayar. Satu bilion komponen elektronik dapat difabrikasikan pada keluasan 1 cm2 menggunakan teknik litografi alur elektron berkuasa tinggi atau litografi sinar-X. Banding nanofabrikasi bawah-atas. |
electroosmosis | | | Pergerakan cecair berkutub menerusi membran atau struktur nanoliang di bawah pengaruh medan elektrik. Contohnya, dalam sel bahan api, elektroosmosis menyebabkan proton bergerak menerusi membran pertukaran proton untuk membawa molekul air daripada anod ke katod. |
field emission | | | Penerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim. |
mobility | | | Kebebasan sesuatu zarah untuk bergerak sama ada secara rawak atau di bawah pengaruh medan, daya dan kecerunan kepekatan. |
zig-zag structure | | | Keadaan struktur susunan atom karbon dalam nanotiub yang ditentukan berdasarkan susunan heksagon pada lilitan tiub. Struktur ini mempunyai satu garis ikatan karbon ke bawah pusat nanotiub dan simetri yang tinggi. Struktur nanotiub karbon yang lain ialah kerusi berlengan dan kiral. |
nanoflash memory device | | | Alat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas. |
flocculation | | | Proses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
photolithography | | | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang bersaiz mikrometer dengan cara menyinarkan cahaya ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Suatu siri rawatan kimia akan mengukir corak yang terdedah pada bahan di bawah fotorintang. Dalam pembinaan litar bersepadu kompleks seperti CMOS, suatu wafer akan menjalani kitaran fotolitografi sehingga 50 kali. |