PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
size effect | | | Kesan yang berada pada sifat fizik seperti sifat optik dan elektrik suatu bahan apabila saiznya berubah kepada dimensi yang amat kecil dalam julat puluhan atau ratusan nanometer. Contoh bahan bersaiz amat kecil ini ialah nanozarah, bintik kuantum dan nanodawai. Sifat optik dan elektrik bahan tersebut bergantung pada saiz dan mungkin berbeza daripada sifatnya yang berada dalam keadaan pukal. Sifat bahan bersaiz nanometer dipengaruhi hukum mekanik kuantum. |
anthrax | | | Sejenis penyakit yang amat mudah berjangkit kepada haiwan dan juga manusia. Penyakit ini disebabkan oleh sejenis bakteria (Bacillus anthracis) yang berasal daripada haiwan seperti biri-biri, kuda, anjing, lembu, dan kambing. Penyakit ini biasanya dapat menyebabkan kematian. Bakteria tersebut menghasilkan bahan toksik yang membunuh sel dan menyebabkan cecair berkumpul di dalam tisu tubuh. Kuman penyakit ini dijadikan sebagai senjata biologi. |
phonon | | | Tenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian. |
X-ray lithography | | | Litografi untuk membuat peranti semikonduktor atau bahan berstruktur yang amat kecil dalam saiz 10(2) nm dengan cara menyinarkan sinar-X ke atas topeng yang berada di atas wafer bersalut fotorintang. Jarak gelombang sinar-X ialah 0.8 nm atau kurang. Topeng diperbuat daripada bahan penyerap sinar-X seperti emas, sebatian tantalum atau tungsten. Contoh bahan berstruktur nano yang dibuat menggunakan litografi sinar-X ialah hablur fotonik. |
nanovector | | | Vektor yang menggunakan bahan nanostruktur seperti nanotiub karbon untuk penghantaran ubatan. Proses penghantaran ini amat berkesan terutamanya dalam peningkatan penyebaran air, bioketersediaan, penusukan sel ke dalam tisu dan mengurangkan ketoksikan. Contoh nanovektor yang digunakan ialah virus tumbuhan. |
nanoindenter | | | Peranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza. |
triboindenter | | | Sejenis alat pelekuk untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji dan filamen. Pelekuk dibuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat dan kuarza. |
field emission | | | Penerowongan kuantum yang elektronnya merentasi suatu halangan di bawah pengaruh medan elektrik yang tinggi. Fenomena ini amat bergantung pada sifat bahan dan bentuk katod tertentu sehingga nisbah aspek tinggi menghasilkan arus pancaran medan yang tinggi. Pancaran medan digunakan sebagai sumber elektron dalam elektron ingatan kilauan, mikroskop, sistem mikroelektromekanik (MEMS) dan paparan pancaran medan. Pancaran ini dikenali juga sebagai penerowongan Fowler-Nordheim. |
secondary electron | | | Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel. |
partial confinement | | | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat |
|
Puisi |
---|
|
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.
Lihat selanjutnya... |
|