PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
fuel cell | | | Alat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran. |
scanning probe instrument | | | Peranti yang menggunakan penduga halus untuk mengimej sifat fizik suatu permukaan seperti topografi, sifat elektrik, magnet dan terma, secara mengimbas permukaan sampel baris demi baris. Sifat fizik tersebut ditentukan hasil saling tindakan penduga dan bahan. Alat ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer dan dapat digunakan juga untuk melakukan litografi, memindahkan dan menyusun nanozarah dan nanotiub. Contoh alat ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Lihat juga mikroskopi penduga imbasan, litografi penduga imbasan. |
scanning thermal profiler (STHP) | | | Alat yang digunakan untuk merekod dan menginterpretasi suhu sampel melalui proses rawatan haba. Contoh alat pembukah ialah silikon mikromesin termo pembukah. |
cantilever | | | Palang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon. |
spectrophotometer | | | Alat yang digunakan untuk mengukur cahaya yang diserap oleh sampel. Teknik spektrofotometer kebanyakannya digunakan untuk mengukur kepekatan zarah (zat terlarut) dalam larutan sampel, dengan mengukur cahaya yang diserap oleh zarah larutan dalam kuvet yang diletakkan dalam spektrofotometer. Spektrofotometer terdiri daripada spektrometer dan fotometer. |
spectrometer | | | Alat yang digunakan untuk mengukur sifat cahaya pada spektrum elektromagnet tertentu bagi mengenal pasti bahan dalam sampel. |
triboindenter | | | Sejenis alat pelekuk untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji dan filamen. Pelekuk dibuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat dan kuarza. |
scanning calorimeter | | | Alat termoanalitik yang digunakan untuk mengukur perbezaan jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sampel dan suhu rujukan diukur sebagai fungsi suhu. Kedua-dua sampel dan rujukan berada pada suhu yang hampir sama. |
optical profiler | | | Alat yang digunakan untuk mengukur kekasaran pada permukaan sampel. |
cryo-ultramicrotom | | | Alat yang digunakan untuk menyediakan lapisan tipis sampel dengan permukaan yang rata dan berkualiti. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia. |